AKTIVITI

JOM KONVOI UTARA 2011


Kelana Aman Larut Matang Dan Selama telah menjalankan Program Jom Konvoi Utara 2011 (Perak, Kedah &Perlis ) secara bermotosikal pada 23.12.2011 (Jumaat) hingga 25.12.2011 (Ahad). Pergerakan konvoi ini, bermula dari Kompleks Rakan Muda, Kamunting. Kontigen Konvoi diketuai oleh En Hafiz Ikram,(ahli kelana lms) bersama pertugas khas, marshall dan Polis Trafik dan pergerakan kontigen dilepaskan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Tn Hj Ahmad Azam Shah b Abd Majid.

Program ini adalah satu platform untuk ahli kelana mendapatkan lencana wajib, iaitu lencana mengembara. Disamping itu, dari program ini, ahli kelana dapat mengeratkan silatulrahim antara kelana dan pemimpin dari daerah dan negeri lain.

Program ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang meriah dari pengakap kelana, pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah dan Perlis, malah mereka bersama-sama turut serta dalam program ini.

Ketua kontigen Konvoi
Kontigen Konvoi di Kompleks Rakan Muda kamunting
Bersama kelana dan pemimpin Kedah
Mendapatkan pengesahan di Balai Polis Kangar




Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua sambil berkhidmat

di Chuping, Perlis  sebelum ke Padang Besar


Lawatan ke Gua Kelam



Pemimpin & Marshall

Point  terakhir, R&R Bukit Merah 
Bergambar sebelum bersurai....


Ini antara tempat-tempat yang dikunjungi. Untuk tahun ini, banyak program telah dijalankan dengan jayanya. untuk tahun 2012, bebrapa lagi program akan menyusul.

Terima Kasih pada semua yang terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan program Jom Konvoi Utara 2011.

Salam Pengakap! Jumpa lagi~