Program “Moh Ngelio” Kelana 2013 merupakan salah satu dari aktiviti pilihan di dalam Lencana Ektsrem Pasukan Pengakap Kelana Malaysia. Program ini di adakan bagi bertujuan untuk mengadakan satu bentuk aktiviti ektsrem dengan mengunakan rakit yang di bina dari buluh dan mengemudikannya sejauh 32km bermula dari Pekan Manong Kuala Kangsar sehingga ke Kem Kota Layang-Layang Kiri Bota di Daerah Perak Tengah
TEMA PROGRAM
“Pengakap Menyusuri Kelestarian Sungai” MATLAMAT PROGRAM Dengan adanya program sebegini dapat menarik minat kepada golongan belia untuk menyertai pasukan pengakap kelana. Program ini juga dapat memberi pendedahan yang meluas kepada ahli kelana dan seterusnya melayakkan ahli kelana untuk memperolehi lencana pilihan iaitu lencana Ekstrem Berakit.
TARIKH CADANGAN PROGRAM
12 sehingga 14hb April 2013 ( 3 hari 2 malam)
LOKASI PROGRAM
Bermula Dari Pekan Manong Kuala Kangsar dengan menyusuri Sungai Perak sehingga ke Kem Kota Layang-Layang Kiri Bota Perak Tengah. LOKASI BERKUMPUL Dataran Manong Kuala Kangsar LOKASI SAMPAI Kem Kota Layang-Layang Kiri Bota Perak Tengah.
MAKLUMAT AM PROGRAM
Penyertaan Terbuka kepada semua ahli Kelana dan Pemimpin Daerah-Daerah Di Dalam Negeri Perak Dan Wakil-Wakil Dari Pertubuhan Belia. Usia Penyertaan 17 Tahun Dan Keatas
* Bagi peserta yang berusia 17 sehingga 21 tahun surat kebenaran ibubapa penjaga adalah di perlukan.
* Semua para peserta adalah bukan dari pelajar sekolah.
Cadangan Bilangan Rakit Dan Kayak 18 buah rakit 10 buah kayak. Peserta Terdiri dari 5 orang peserta bagi setiap kumpulan (di panggil “TEAM”) yang mana akan terdiri dari ahli kelana dan para pemimpin atau dari mana-mana penyertaan dari pertubuhan belia. Setiap kumpulan mempunyai sebuah rakit yang akan di bina sendiri
**(Termasuk penyertaan bersama dari pemimpin dan ahli kelana dari Negeri Perlis, Kedah Dan Pahang
dengan penyertaan 5 orang sahaja dari setiap Negeri) (Penyertaan diutamakan kepada mereka yang
berdaftar awal)
Tarikh Tutup Penyertaan : 15hb Mac 2013
Bayaran Penyertaan Ahli Pengakap Kelana RM 130.00 seorang
Pemimpin Pengakap RM 130.00 seorang
Selain Dari Pasukan Pengakap RM 150.00 seorang
**Setiap penyertaan perlu di sertakan dengan bayaran penuh atau bayaran pendahuluan bersama-sama
borang yang telah di isi. (Bayaran Tidak Di Kembalikan). Bagi pembayaran pendahuluan sekurang-
kurangnya sebanyak RM 70.00 seorang.
**Semua pembayaran tidak akan dikembalikan sekiranya menarik diri.
**Bagi pembayaran pendahuluan, baki bayaran hendaklah diselesaikan sebelum 20 Mac 2013
**Bawa peralatan bagi kegunaan persendirian – beg pakaian, khemah, buku log dan alat pertukangan.
Kaedah Pembayaran Pembayaran boleh dibuat dengan mengunakan Wang Pos / Money Order / Cek diatas nama:- KREW PENGAKAP KELANA A LMS(KELANA AMAN) yang disertakan bersama-sama dengan Borang Penyertaan dan Borang Pembayaran Penyertaan. Manakala bagi pembayaran secara tunai, bolehlah di masukan terus ke dalam akaun seperti tertera di bawah dan di fotokopi slip kemasukan wang bersama-sama dengan borang Penyertaan dan borang Pembayaran Penyertaan.
Nama Akaun : KREW PENGAKAP KELANA A LMS(KELANA AMAN)
Bank : CIMB BANK BERHAD
No. Akaun : 0827 0001508 20 2
Alamat Urusetia : No. 186, Lorong Melur, Taman Kamunting Jaya, 34600 Kamunting, Taiping Perak.
Untuk maklumat lanjut bolehlah dicapai melalui;
Email : kelanalms@gmail.com
Facebook : http://kelanaamanlms.blogspot.com
JABATAN-JABATAN DAN AGENSI-AGENSI
Bagi menjayakan program ini, pihak Ahli Jawatan kuasa Pelaksana perlu melalui beberapa proses kelulusan dan pemakluman kepada pihak-pihak yang berkaitan. Ini merupakan satu proses biasa yang perlu di lalui oleh mana-mana pihak ahli jawatankuasa dalam membentuk sesuatu program atau rancangan terutamanya yang melibat keselamatan para peserta.
Dengan pemakluman dan kelulsan dari jabatan atau agensi yang berkaitan akan lebih memudahkan perjalanan program di samping mendapat khidmat nasihat. Diantara jabatan-jabatan atau agensi yang akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung seperti berikut:-
1. Jabatan Bomba Dan Penyelamat cawangan Kuala Kangsar.
2. Jabatan Bomba Dan Penyelamat (BOMBA) cawangan Perak Tengah.
3. Jabatan Bomba Dan Penyelamat (BOMBA) Negeri Perak.
4. Majlis Keselamatan Negara cawangan Daerah Kuala Kangsar.
5. Majlis Keselamatan Negara cawangan Daerah Perak Tengah.
6. Jabatan Saliran Dan Tali Air cawangan Daerah Kuala Kangsar.
7. Jabatan Saliran Dan Tali Air cawangan Daerah Perak Tengah.
8. Jabatan Saliran Dan Tali Air Negeri Perak.
9. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
10. Pejabat Daerah Kuala Kangsar.
11. Pejabat Daerah Perak Tengah.
12. Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.
13. Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.
14. Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.
15. Ibu Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang Dan Selama.
16. Ibu Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
17. Ibu Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah.
18. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Larut Matang Dan Selama.
19. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Kangsar.
20. Pejabat Belia Dan Sukan Derah Perak Tengah.
21. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
22. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Kangsar.
23. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Perak tengah.
24. Persekutuan Pengakap malaysia Negeri Perak.
25. Ketua-ketua kampung di sepanjang perjalanan sungai
KELANA AMAN . BERKHIDMAT

















































