Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun.
Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.