Assalamualaikum wbt, salam sejahtera & salam pengakap~
Terlebih dahulu, kami dari pihak Kelana Aman Larut Matang dan Selama ingin berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu kami dari pelbagai aspek dalam melancarkan program yang bakal kami adakan.
Program Jom Ekslporasi Kelana 2012 adalah kesinambungan dari program Jom Konvoi Utara yang telah diadakan pada tahun lepas (2011). Program ini adalah satu program untuk mendapatkan lencana pengembaraan merangkumi silibus lencana pengakap kelana. Program Jom Eksplorasi kelana 2012 ini terbuka kepada ahli pengakap kelana dari negeri PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK dan PAHANG, dimana perjalanan akan bermula dari Perak dengan menaiki keretapi dan akan berakhir di Taman Negara Pahang. Terdapat beberapa aktiviti disepanjang perjalanan sebelum anda sampai ke destinasi tapak program.
Jika anda seorang pengakap kelana, dan anda ingin menyertai program ini, anda boleh memuat turun borang penyertaan dari sini atau boleh dapatkan dari Penolong Pesuruhjaya Daerah/Negeri (unit kelana) di tempat anda. Tarikh tutup penyertaan pada 15hb September 2012. Terdapat 3 jenis borang yang perlu anda isi, dan hantar kepada kami iaitu, borang penyertaan, borang pembayaran dan borang kesihatan. Anda boleh menghantar borang yang lengkap diisi melalui pos di alamat No. 186, Lorong Melur,
Taman Kamunting Jaya, 34600 Kamunting, Taiping Perak atau melalui email kelanalms@gmail.com. Pastikan semua maklumat penting diisi berserta gambar pasport beruniform. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor yang terdapat di dalam borang penyertaan anda.
Disini saya lampirkan tentatif program sepanjang program Jom Eksplorasi Kelana berlansung....
Tentatif Perjalanan Pulang
Apa-apa maklumat lain yang anda ingin tahu, anda boleh emailkan anda di kelanalms@gmail.com atau ke
facebook page kami Eksplorasi Kelana 2012.
Download full BUKU PROGRAM JOM EKPLORASI KELANA 2012
sekian dulu dari kami.
salam pengakap!



