Assalamualaikum wbt, salam pengakap!
_PENGAKAP BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT_
Pada bulan Ramadhan yang mulia kali ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak telah mengadakan sambutan semarak ramadhan dimana Daerah Larut Matang dan Selama menjadi tuan rumah. Pada 1 Ogos 2012, Program Semarak Ramadhan di buat di Taiping, di Masjid Jamek Kg Boyan iaitu Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Anak2 yatim dari rumah Nur Qaseh, ulu sepetang dijemput berbuka bersama disamping diberi sumbagan dari PPM Perak. Program ini turut dihadiri oleh CSC Perak, Tuan hj Ahmad Azam Shah, DC LMS, Tuan Hj Radzi, Pengerusi Majlis Belia Negeri Perak, En Khairul Anwar El-Syazalli Musa, Pengerusi Masjid Jamek Kg Boyan En Anjang Abd Rahman Mat dan pemimpin2 daerah, kelana dan juga masyarakat setempat. Majlis dimulai dengan ucapan tetamu2 kehormat, diikuti dengan menyampaikan sumbangan kepada anak2 yatim.sebelum masuk masukknya waktu berbuka, kami membuat sedikit tahlil.
 |
| Masjid Jamek Kg Boyan |
 |
| Pelajar-pelajar Tahfiz |
 |
| Barisan-barisan pemimpin Pengakap |
 |
| Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim |
Terima Kasih pada semua yang sudi hadir bagi memeriahkan program berbuka puasa ini dimana ia berjalan dengan lancar dan jayanya. Kami berharap program seumpama ini akan terus dikekalkan pada akan datang.
Salam Pengkap!
**lepas majlis berbuka puasa dan terawih, ini la aktiviti kami...